Saturday 30 March 2013

BN mampu kurangkankan beban rakyat sekiranya diberi mandat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  berjanji memberi dua ‘hadiah’ besar kepada rakyat Pulau Pinang. 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional diberi mandat semula katanya.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  berpendapat bahawa pentadbiran tidak cekap DAP , isu perumahan mampu milik dan kesesakan lalu lintas tidak dapat diatasi.

Menerusi agenda transformasi negara akan meningkatkan taraf 
hidup rakyat termasuk di Pulau Pinang  Dengan membina 20,000 rumah mampu milik kepada rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri. 


“Isu kesesakan lalu lintas juga akan diatasi dengan mewujudkan mekanisme berkesan untuk mengatasi masalah kepadatan trafik yang sekian lama membelenggu rakyat negeri ini.


“Perkara ini perlu dilaksanakan segera kerana kesesakan lalu lintas juga memberi kesan terhadap produktiviti pekerja,” kata 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  pada Majlis Santai Bersama Kakitangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), di sini, semalam.

Jika diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRU-13,Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan rumah mampu milik di Pulau Pinang dalam jangka waktu singkat 





Thursday 21 March 2013

SPM 2012 , 15,793 calon, semua A!

15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tmemperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.

Calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM.

Seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon sekolah bukan KPM memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Tiga calon rabun dan dua calon lain-lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang).

KPM menggunakan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara seperti Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, National Institute for Educational Measurement (Cito), Belanda dan Education Development International (EDI), United Kingdom.

Tuesday 19 March 2013

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

30 MINIT INTERNET PERCUMA UNTUK WARGA MISKIN

Perkhidmatan Internet percuma bagi setengah jam pertama akan diberi kepada warga miskin di bandar dan luar bandar. Perkhidmatan tersebut akan diberi mengikut kelayakan Br1m.
Hadiah sagu hati RM500 juga akan kepada warga Telekom Malaysia kerana usaha ikhlas yang diberi selama ini.

Bayaran  itu akan dibuat oleh pihak pengurusan TM kepada petugas tetap, kontrak dan kakitangan yang dipinjam sebelum cuti persekolahan 25 Mac ini.


"TM diurus baik, TM berjaya, kita kongsi kejayaan dengan warga TM," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis ramah mesra warga Telekom Malaysia (TM) bersama Perdana Menteri
Katanya butiran lengkap mengenai perkara itu akan disediakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.


Kelayakkan untuk memohon perkhidmatan tersebut adalah:-



  • Golongan yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi setiap isi rumah atau mengikut kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

  • Kepada rakyat miskin dan pendapatan mengikut (kelayakan) skim BR1M

Monday 18 March 2013

2016 MESTI LULUS BAHASA INGGERIS





Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan permulaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan negara, syarat wajib lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mungkin akan mula dikuatkuasakan pada 2016. Menurut beliau lagi, persiapan rapi sedang dibuat antaranya adalah melatih lebih kurang 61,000 guru Bahasa Inggeris untuk menjadi lebih mahir dalam pengajaran subjek itu. Beliau juga menyatakan bahawa kira-kira 20 peratus pelajar gagal Bahasa Inggeris beliau percaya lebih pelajar akan lulus subjek tersebut sekiranya syarat wajib lulus itu dilaksanakan.“Kalau kita dapati pelajar terbabit perlukan intervensi kerana lemah Bahasa Inggeris, kita boleh tokok menggunakan kelas tuisyen atau tambahan jika dianggap perlu di sekolah terpilih.....Langkah ini boleh menentukan sebahagian besar pelajar mendapat kelulusan dalam Bahasa Inggeris. Bukan kredit, lulus saja,”Peluang menduduki kertas Bahasa Inggeris pada Julai akan diberi kepada pelajar yang masih gagal

JENIS RAWATAN PERUBATAN YANG LAYAK DINIMATI OLEH PENJAWAT-PENJAWAT AWAM.

Berikut adalah kemudahan perubatan yang boleh dinikmati oleh penjawat-penjawat awam untuk rawatan pesakit luar/dalam di hospital/klinik kerajaan termasuk hospital-hospital universiti;
  • Rawatan- luar negeri yang diluluskan oleh Jemaah Pegawai bagi Rawatan Luar Negeri;
  • Rawatan kepakaran di hospital swasta dalam negeri yang tidak terdapat di hospital kerajaan, yang diperaku oleh Lembaga Perubatan Hospital Kerajaan dan disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) serta diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
  • Rawatan jantung di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB);
  • Rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri yang berdekatan dengan tempat kejadian kecemasan, bagi kes yang memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan diluluskan oleh Ketua Jabatan;
  • Rawatan kemandulan (primary infertilitiy) di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diperakukan oleh pakar LPPKN dan diluluskan oleh Ketua Jabatan;
  • Perbelanjaan perubatan bagi kemudahan yang diperakukan dan disahkan oleh pegawai perubatan hospital Kerajaan tidak dapat dibekal atau disediakan oleh hospital Kerajaan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan, yang meliputi -
  • Permohonan perbelanjaan ubat;
  • Permohonan perbelanjaan alat ortopedik/anggota palsu (artificial limbs);
  • Permohonan perbelanjaan perkhidmatan perubatan (CT Scan, MRI); dan
  • Permohonan perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang (Hemodialisis/CAPD)

Sunday 17 March 2013

Najib seru rakyat sokong pejuang negara tamatkan pencerobohan di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus berdiri teguh dan menyokong pejuang negara dalam operasi bagi menamatkan pencerobohan pengganas di Sabah. 

"Doakan kejayaan mereka yang berjuang di Lahad Datu dan Semporna," katanya di dalam laman Facebook beliau di sini hari ini. Najib juga bersyukur apabila dimaklumkan bahawa operasi tersebut berjalan seperti dirancang. 


"Pagi tadi, saya mengeluarkan kenyataan bahawa kita tidak akan benarkan sesiapa sahaja menggugat kedaulatan negara," katanya. 

Beliau berkata. operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke 
rumah sedang dilakukan. 
Sementara itu, di dalam laman blog beliau www.1malaysia.com.my, turut 
dimuatkan klip video lagu patriotik "Inilah Barisan Kita" bagi menyuntik 
semangat terhadap pasukan keselamatan negara yang berjuang untuk keselamatan negara dan bangsa. 

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini. - BERNAMA

Sumber:-
http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/NajibserurakyatsokongpejuangnegaratamatkanpencerobohandiLahadDatu/Article/

Saturday 16 March 2013

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013

Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Struktur gaji jgmm diperuntuk 3 KGT pada gaji maksimum
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 telah dimuat naik.

Pemberian satu KGT kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2013 dan Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3 peratus bagi pegawai yang berada di gaji maksimum, jika tiada pelarasan atau semakan gaji dilakukan, akan dikeluarkan secara berperingkat dalam pekeliling berasingan

Muat turun:

Friday 15 March 2013

Mangsa Tebusan Dakwa Pengganas Sulu Miliki Wang RINGGIT MALAYSIA Yang Banyak




LAHAD DATU – Seorang mangsa tebusan mendakwa melihat pengganas militan Sulu memiliki sejumlah wang yang banyak sewaktu ditahan baru-baru ini.

Menurut Ajmain Mahmood, pada hari kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum mendengar kekecohan di luar.

Katanya, sewaktu dia cuba meninjau apa yang berlaku, sekumpulan kira-kira 50 orang pengganas militan Sulu sudah bertindak menahan ramai penduduk kampung.

” Kebanyakan mereka memakai pakaian seragam tentera, dan separuh daripadanya memiliki senjata api seperti M16.

” Kemudian salah seorang daripada mereka menampar muka saya sebelum mengacah barong (sejenis senjata tajam).

” Selepas itu dia mengeluarkan sebuah beg plastik yang dipenuhi wang ringgit Malaysia dan memberikannya sedikit kepada seorang lagi tebusan untuk membeli beras,” katanya ketika ditemui Mynewshub.my di sebuah penempatan peneroka di sini hari ini.

Menurut Ajmain, dia juga diarahkan untuk berbuat demikian.

Tambahnya, selepas itu dia dan dua tebusan yang lain menaiki sebuah kereta untuk mencari bekalan beras seperti mana telah yang diarahkan.

Katanya, memandang ramai peniaga menyedari insiden tersebut, kesemuanya membuat keputusan untuk menutup premis mereka lebih awal.

” Semua kedai yang kami pergi tutup…masa inilah saya mengambil keputusan untuk melarikan diri,” jelas Ajmain.

Sebelum itu ketika ditanya mengapa dia ditampar, Ajmain berkata, wakil puak pengganas mengesyakinya membuat laporan kepada pihak polis hingga menyebabkan tiga rakan mereka ditangkap lebih awal.

Mengulas lanjut, Ajmain berkata, pengganas mengunakan bahasa Bajau sewaktu berkomunikasi dengannya.
Ajmain juga menegaskan tidak pernah melihat kelibat kesemua pengganas itu sebelum ini di kampung mereka.

” Terus terang saya katakan, saya sangat trauma mengenai apa yang berlaku..apatah lagi bila mendapat tahu ada anggota polis yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu ini.

” Nasib baiklah tindakan saya melarikan diri kena pada masanya, jika tidak, tak mustahil apa yang menimpa anggota polis berkenaan boleh terjadi ke atas diri saya,” katanya. - Mynewshub.my

HOSPITAL KUALA LUMPUR BERTARAF DUNIA PADA 2015

Perdana Menteri yang mengumumkan bahawa Hospital Kuala Lumpur akan dinaik taraf menjadi hospital perdana bertaraf dunia.300 juta ringgit telah diluluskan untuk melakukan perubahan itu.

Kini hospital tersebut menghadapi masalah kesesakan dan kekurangan tempat letak kereta di HKL.

"Sebagai bekas pesakit HKL sebanyak dua kali, saya ada perasaan dan sentimen untuk membantu hospital ini terus menyerlah dari segi kedudukannya sebagai hospital premier di dunia."

"Kita mesti jadikan hospital ini begitu user friendly dalam semua aspek antaranya kesesakan di sini, mencari tempat letak kereta. Ini satu rungutan yang saya dengar. Sebab itu lah saya insist mesti ada multi storey car park di sini, sebab kalau tidak, berserabut keadaannya.Orang letak kereta tak tentu arah.Warga sini pun susah nak cari parking. Jadi kita mesti selesaikan perkara itu dalam pakej yang akan dilaksanakan dan mengikut Menteri Kerja Raya yang ada bersama kita ni, Januari 2015". kata Perdana Menteri.


Thursday 14 March 2013

KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN SEORANG GURU DI KELANTAN MENGHINA ANGGOTA POLIS MELALUI LAMAN FACEBOOK

RUMAH MAMPU MILIK PR1MA UNTUK RAKYAT





Lebih 100,000 unit rumah PR1MA dilancarkan untuk yang berusia lebih 21 tahun, berpendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 dan memiliki sebuah rumah, biarpun bujang atau berkeluarga

“Jarang ada projek seperti ini. Kalau kita beli kereta hari ini, esok nilainya akan susut, tetapi jika kita dapat rumah PR1MA hari ini, mungkin esok kita bakal mendapat untung 20 hingga 30 peratus. Sebab itu projek ini mendapat sambutan yang cukup hangat,” kata Datuk Seri Najib Razak  majlis pelancaran Rumah PR1MA Lembah Klang dan PR1MA Alam Damai di Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.  

Datuk Seri Najib Razak juga menjelaskan, rakyat yang memiliki rumah mampu milik menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dapat menambah aset, dan meningkatkan nilai kekayaan peribadi. 

Keuntungan hasil pemilikan kediaman PR1MA berada dalam lingkungan mampu dibeli oleh yang  berpendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000. Rumah-rumah tersebut 20 peratus lebih rendah berbanding harga di pasaran. 


 25,000 di Johor, 11,000  di Negeri Sembilan, 10,000 di Pulau Pinang, 10,000 di Melaka dan 50,000 rumah PR1MA akan dibina sekitar Lembah Klang. 80,000 unit rumah mampu milik bagi warga kota berpendapatan sederhana di sekitar Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan akan dibina.

Sila layari www.pr1ma.my untuk maklumat lanjut.

Wednesday 13 March 2013

GRED GAJI BARU POLIS DAN ATM SERTA INSENTIF BARU KAKITANGAN AWAM



Sabah, Lahad Datu, Bantuan dari tujuh batalion ATM untuk PDRM

Tujuh batalion tentera membantu pasukan polis di Sabah, kata Menteri Pertahanan. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lima batalion dihantar ke Lahad Datu, manakala dua batalion lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan. “Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu polis sepenuhnya dalam menangani krisis ini" menurut beliau.“ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” menurutnya lagi. Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, berkata ATM kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata. Sebanyak lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu terkorban. Katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di sini semalam,“Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Apabila suruh ambil alih, kami ambil alih.”

Tuesday 12 March 2013

Anggota tentera dan polis, Sistem Saraan Transformatif (SST) itu akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)



                                                    

Pelarasan gaji bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkuatkuasa 1 Januari lalu bakal memanfaatkan 233,192 anggota pasukan keselamatan di seluruh negara, iaitu 109,209 PDRM dan 123,983 ATM. 

 Ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  "Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am,” Di samping itu, jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.

Pangkat ATM dan PDRM kini disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am.Urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana kakitangan awam dipendekkan berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

Jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru 46A, Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.



Sumber Video: Berita Harian

Sistem Saraan Transformatif menggantikan Sistem Saraan Baru


Ketika berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).


Perubahan-perubahan yang bakal berlaku adalah:-

1.Semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.

2.Faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini.


3.Penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 


4.Menyambung kontrak 50,000 pegawai kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini setahun lagi.


5. Kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR).

6.Kenaikan pangkat kumpulan pelaksana pula akan dipendekkan berdasarkan tempoh perkhidmatan daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

7.Kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi juga setuju dilaksanakan,

8. 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirunding semula iaitu untuk skim perkhidmatan bakat, juruteknik, pegawai atau penolong pegawai dan pembantu galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.

Monday 11 March 2013

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2013