Wednesday 13 March 2013

Sabah, Lahad Datu, Bantuan dari tujuh batalion ATM untuk PDRM

Tujuh batalion tentera membantu pasukan polis di Sabah, kata Menteri Pertahanan. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lima batalion dihantar ke Lahad Datu, manakala dua batalion lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan. “Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu polis sepenuhnya dalam menangani krisis ini" menurut beliau.“ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” menurutnya lagi. Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, berkata ATM kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata. Sebanyak lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu terkorban. Katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di sini semalam,“Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Apabila suruh ambil alih, kami ambil alih.”

No comments:

Post a Comment