Sunday 17 March 2013

Najib seru rakyat sokong pejuang negara tamatkan pencerobohan di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus berdiri teguh dan menyokong pejuang negara dalam operasi bagi menamatkan pencerobohan pengganas di Sabah. 

"Doakan kejayaan mereka yang berjuang di Lahad Datu dan Semporna," katanya di dalam laman Facebook beliau di sini hari ini. Najib juga bersyukur apabila dimaklumkan bahawa operasi tersebut berjalan seperti dirancang. 


"Pagi tadi, saya mengeluarkan kenyataan bahawa kita tidak akan benarkan sesiapa sahaja menggugat kedaulatan negara," katanya. 

Beliau berkata. operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke 
rumah sedang dilakukan. 
Sementara itu, di dalam laman blog beliau www.1malaysia.com.my, turut 
dimuatkan klip video lagu patriotik "Inilah Barisan Kita" bagi menyuntik 
semangat terhadap pasukan keselamatan negara yang berjuang untuk keselamatan negara dan bangsa. 

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini. - BERNAMA

Sumber:-
http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/NajibserurakyatsokongpejuangnegaratamatkanpencerobohandiLahadDatu/Article/

No comments:

Post a Comment