Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji memberi dua ‘hadiah’ besar kepada rakyat Pulau Pinang. 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional diberi mandat semula katanya.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berpendapat bahawa pentadbiran tidak cekap DAP , isu perumahan mampu milik dan kesesakan lalu lintas tidak dapat diatasi.
Menerusi agenda transformasi negara akan meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk di Pulau Pinang Dengan membina 20,000 rumah mampu milik kepada rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri.
“Isu kesesakan lalu lintas juga akan diatasi dengan mewujudkan mekanisme berkesan untuk mengatasi masalah kepadatan trafik yang sekian lama membelenggu rakyat negeri ini.
“Perkara ini perlu dilaksanakan segera kerana kesesakan lalu lintas juga memberi kesan terhadap produktiviti pekerja,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Santai Bersama Kakitangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), di sini, semalam.
Jika diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRU-13,Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan rumah mampu milik di Pulau Pinang dalam jangka waktu singkat